? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 31 Disember 2009

my new freind

assalamualaikum
alhamdulillah kita tlh masuk thn baru 2010 dan 1431 hijrah
hari ni rmi betul yg wish aq slmt thn baru
tima kasih utk semua ucaopan anda semua
skrng ni aq pn x tau laa nk wat apa
memandangkan dh lama x update blog ni so aq update laa sikit
ada laa sorang sahabat aq ni,
dia srh aq ckp pasal dia kt blog aq.......
katanya nnti rmi gile yg komen.
aq pn layan je laaa
aq x tau nk ckp apa ttng dia sbb aq pn baru kenal{tp gaya mcm dh lama kenal}
x kisah laa utk dia nye pasal aq tulis laa
nama dia f_____a korang cari laa sendiri x nak gi tau
dia ni perasan penyiasat muda
bdk sekolah ____ fatimah, {isi sendiri yg aq kosong kn tuu}
dia ni mmg kecoh sikit
kekadang pening kepala aq dibuatnye
skrng sibuk nk baca apa yg aq nk tulis ni
SABAR leee
adoyai
owh satu lg
dia tinggal kt johor
nmbr dia aq x de tp klu korang nk kenal dia
aq blh jd org tgh
hahahahahaha
x yah laa kenal dgn dia baik kenal dgn aq ni
huhuhuhuhu {promote diri lak aq ni}
satu lg, dia ni dak silat cekak hanafi,
so beware dgn dia
aq jee yg lg power d dia
aq ada tali pinggng jugak
tali pinggang PENGAKAP
hahahahahhaha
dah la aq x tau nk tls apa lg
dah xde idea laaa
ok laa sekali lg sapa yg nk kenal dgn dia blh menerusi aq
hihhihihhihihi
buat si dia {f______a}
ini utk ko special edition tau
ada sedikit ilmu utk dikongsi

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi RabbNya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut,kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutanNya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

renung-renungkan dan selamat beramal
hihihihihihihi

0 ulasan: